Semakan PSP Program Subsidi Petrol Percuma 2020

semakan psp

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan akan melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai Januari 2020. Pelaksanaan itu serentak dengan polisi kerajaan mengambalikan sistem apungan harga petrol di seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan. Sehubungan dengan itu, kementerian mengumumkan hanya penerima BSH sahaja akan menerima subsidi berkenaan. Semak kelayakan subsidi petrol anda melalui butiran berikut.

Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Tahun 2020

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima BSH tahun 2020
  3. Kereta enjin berkapasiti 1.6l ke bawah atau 1.6l yang berumur 10 tahun ke atas
  4. Motosikan enjin berkapasiti 150cc ke bawah atau 150cc yang berumur 7 tahun ke atas
  5. Penerima BSH di Semenanjung sahaja
  6. Sabah, Sarawak & Labuan dikecualikan kerana kerajaan masih menanggung subsidi petrol RON95

Program subsidi pertrol secara bersasar ini merupakan salah satu manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang mula dicetuskan pada tahun 2018. Program ini bertujuan untuk mengatasi masalah harga petrol yang tidak menentu. Dengan pelaksanaan ini, golongan sasar seperti B40 dan penerima BSH anak menikmati pengurangan beban harian.

Semak Kelayakan Subsidi Petrol (PSP)

Tarikh Semakan Dibuka 15 Oktober 2019
https://psp.kpdnhep.gov.my/

Kadar Kelayakan Subsidi Mengikut Kenderaan

Penerima subsidi yang layak akan diberikan sebanyak RM30 setiap bulan bagi kereta dan RM12 setiap bulan bagi motosikal. Pemberian subsidi ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima dengan tempoh empat (4) bulan sekali.

Semoga polisi ini lebih menyasar kepada golongan yang memerlukan khasnya B40 dalam negara.

Semakan BSH Tahun 2020

Semakan BSH Bujang Tahun 2020

Pengumuman PSP bagi tahun 2020 hanya melibatkan penerima di semenanjung sahaja. Manakalah Sabah, Sarawak dan Labuan adalah terkecuali. Walau bagaimanapun, ia serasi dengan polisi kerajaan pada tahun tersebut iaitu mengapungkan semula harga petrol seluruh semenanjung. Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal dengan subsidi petrol secara pukal seperti hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.