Kerana Satu Ayat Ini Saintis Jepun Memeluk Islam

saintis jepun peluk islam

Siapa sangka, negara matahari terbit kini mulai menerima sinar hidayah agama Islam. Setiap kemasukan mereka ke dalam agama Islam mempunyai kisahnya yang tersendiri. Hari ini, kita kongsikan kisah seorang saintis Jepun peluk Islam iaitu Dr. Atsushi Kamal Okuda seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.

“Sebelum Islam, kehidupan saya sangat teruk. Betul-betuk teruk. Jahil. Saya tidak tahu tentang kebenaran” kata Dr. Okuda.

Sebelum beliau memeluk Islam, beliau tidak tahu akan tujuan hidup yang sebenar. Hidupnya tidak bertuhan.

Beliau kemudiannya meniti jalan mencari kebenaran, melalui pertempuran akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai agama.

Sehinggalah beliau bertemu dengan Islam dan memutuskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama ini.

Ketika tahun keenam di kolej, Dr. Okuda sangat berminat mengenai perundangan dalam Islam.

Dan pada satu hari, beliau menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang telah mengubah hidup beliau selama-lamanya. Apakah ayat itu?

Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).

Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.

saintis jepun masuk islam

Kegembiraan dan kelegaannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya.

Semoga hidayah di negara Jepun terus berkembang. Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.