Rusuhan Serang Polis dan Jentolak Babit Kaum Cina

Rusuhan Serang Polis

Salak Selatan, satu kejadian mengejutkan berlaku dan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rusuhan serang polis yang dilakukan oleh kaum Cina kerana mendakwa tokong mereka sedang dirobohkan.

Kejadian tersebut menyebabkan pihak tokong menyerang polis dan Jentolak dengan menggunakan kayu dan batang besi kononya menghalang tokong mereka daripada diroboh. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut berjaya dikawal dan pihak polis meminta agar orang ramai tidak panik dan elak melakukan sebarang spekulasi.

Menurut sumber, kejadian tersebut berpunca apabila satu klip video yang tular mendakwa tokong berkenaan bakal dirobohkan. Namun apa yang berlaku sebenarnya pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur menjalankan operasi membina pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

Kira-kira 30 lelaki dan wanita yang membawa kayu dan besi menghalang mesin jentolak dan menyerang anggota polis di tempat kejadian. Susulan kejadian tersebut, polis telah menahan 4 individu  bagi membantu siasatan. Semoga kejadian ini tidak berlanjutan dan dapat diselesaikan secara aman.Rusuhan Serang Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.