Raja Bomoh Terkejut Raja Muda Bunian Dibebaskan

raja muda bunian

Sekiranya Raja Bomoh membuat kemunculan semula, pasti beliau pun terkejut akan pembebasan Raja Muda Bunian itu. Ini kerana Raja Bomoh yang mengungguli alam mistik suatu ketika dahulu telah ditangkap, dikaunseling, dan ditroll oleh seluruh alam realiti.

raja muda bunian beri kejutan kepada raja bomoh
Raja Bomoh 1Malaysia

Susulan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang membuat serbuan, tangkapan kemudian membebaskan semula Raja Muda Abdul Aziz, pasti ramai yang ingin tahu di mana pengakhiran nasib wakil Jin ini.

Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Nik Zulhaizah Ismail, mereka telah mengambil keterangan lelaki berkenaan dan telah melepaskanya dengan jaminan Ketua Pegawai Penguatkuasa mengikut Seksyen 23.

Kes tersebut akan disebut pada 28 Julai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu Seksyen 6(b) berkaitan dengan dakwaan palsu. Sekiranya disabiat kesalahan maka akan didenda maksimum RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

raja muda bunian dibebaskan
Raja Muda Abdul Aziz aka Raja Muda Bunian
Singgahsana Raja Muda Bunian
istana raja muda bunian
Kredit: SinarHarian

Sumber: SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.