Asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa, Tuaran Sabah TERBAKAR

pusat tahfiz terbakar

Asrama Pusat Tahfiz Tarbiyatun Nisa yang menempatkan 41 pelajar perempuan di Kampung Marabahai di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Tiada yang cedera dalam kejadian jam 6.50 pagi itu apabila semua pelajar terbabit sempat keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 pagi, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera.

Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak membakar bangunan asrama satu tingkat itu.

pusat tahfiz terbakar

“Pemeriksaan mendapati semua penghuni sudah keluar dan berkumpul di kawasan lapang kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Abdul Qawie berkata, cuaca panas dan keadaan berangin menyebabkan api marak dengan cepat, namun bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.38 pagi namun punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, pengurus asrama, Ustazah Aishah Abdul Halim, berkata kebakaran berlaku selepas sebahagian pelajar selesai mengikuti kuliah Subuh, manakala beberapa pelajar yang sakit berada di asrama.

pusat tahfiz terbakar tuaran sabah

“Sebaik semua pelajar kembali ke asrama, api mula marak di tingkat bawah dan seorang pelajar menjerit meminta semua penghuni keluar,” katanya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.