Punca Hubungan Malaysia Korea Utara Putus Serta Merta

punca hubungan malaysia korea utara putus

Bermula 9 Mac, apabila mahkamah Malaysia memutuskan bahawa seorang lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong, boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. Susulan itu, Pyongyang umum putus hubungan diplomatik dengan Malaysia. Itulah punca hubungan Malaysia Korea Utara putus.

Menurut sumber, Mun Chol Myong merupakan penyokong kuat presiden Korea Utara, Kim Jong Un. Sebahagian mengatakan bahawa Kim Jong Un terdesak untuk mengukuhkan kedudukanya di kalangan para general senior. Oleh itu pelbagai usahanya untuk memastikan pengaruh dan kedudukanya terus terjamin.

Antara kesalahan yang dinyatakan melalui sumber di Malaysia ialah, Mun Chol Myong terlibat dalam penggubahan wang haram selain keterlibatan Korea Utara mengimport barang-barang dari luar secara melanggar undang-undang.

Menurut Kuala Lumpur, waran tangkap terhadap Chol Myong dikeluarkan mengikut Seksyen 13 (1) (b) Akta Ekstradisi 1992 berikutan tuduhan konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mana ia juga merupakan kesalahan mengikut undang-undang negara ini.

Oleh yang demikian, tindakan Malaysia adalah berlandaskan undang-undang. Manakalah keputusan menteri luar Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia secara total adalah tidak profesional.

Terdahulu, hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi renggang apabila berlaku kematian abang tiri Kim Jong Un, iaitu King Jong Nam yang didakwa dibunuh secara terancang pada 2017.

SENSASI: Orang Tawau Ditangkap Kes Seludup Dadah

Hubungan kedua-dua negara terjalin sejak 1973 dan Malaysia merupakan antara negara terawal mengiktiraf kedaulatan Korea Utara. Namun, kejadian semasa mengubah segalanya. Punca hubungan Malaysia Korea Utara putus hanya kerana tindakan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sumber

Sumber ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.