Polis Tahan 7 Lelaki Kes Gaduh Di Tawau – SEMUA RANCAKKK

Polis Tahan 7 Lelaki Kes Gaduh Tawau
TAWAU; 23 NOVEMBER 2021 (Selasa) – Polis tahan 7 lelaki berhubung kes pergaduhan di Tawau. Tujuh lelaki berumur 23 hingga 38-tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di Taman Trauselin, Jalan Persisiran, Tawau semalam diantara dua kumpulan lelaki.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas yang mengesahkan kejadian itu berkata, pergaduhan terjadi diantara 8 lelaki kira-kira pukul 11-pagi itu, turut tular membabitkan beberapa video masing-masing berdurasi kurang seminit di beberapa akaun media sosial oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian.
Katanya, hasil siasatan juga mengesahkan ada kelihatan ahli kumpulan yang bergaduh turut membawa senjata berbahaya. Beliau berkata demikian kepada media ketika beliau sendiri melihat dan meninjau kawasan pergaduhan berkenaan di Tawau.
ACP Peter berkata, tangkapan dijalankan di sekitar daerah Tawau, dua orang daripada tangkapan merupakan warga asing manakala selebihnya lagi adalah warga tempatan.
Motif dalam rusuhan ini adalah perselisihan faham dan membawa kepada pergaduhan dua kumpulan di lokasi kejadian. Menurut ACP Peter, pihaknya masih berusaha mengesan seorang lagi yang dipercayai boleh membantu dalam siasatan kes dikenali Jumadi Baba @Jipun, 35-tahun, yang beralamat di Kampung Pasir Putih, Bukit Gemuk Tawau.
Polis Tahan 7 Lelaki Kes Gaduh Tawau
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Zam Zarina Asri ditalian 016-7375868 dan Pegawai Penyiasat Insp Navind Raj A/L Ashokumar ditalian 014-3427025 di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Tawau.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Kredit : FB BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.