Permohonan Pembiayaan Pelancongan Skim PENJANA

permohonan pembiayaan pelancongan skim penjana

Kerajaan komited dalam memastikan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) kekal berdaya maju dan mampu mendepani cabaran pasca Covid-19. Justeri, melalui program PENJANA yang dilancarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, sebanyak RM1 Bilion telah diluluskan kepada PKS agar memperoleh pembiayaan mudah daripada institusi kewangan tempatan. Permohonan pembiayaan pelancongan boleh dilakukan seperti butiran di bawah.

Sektor Yang Layak

Pelancongan teras:
1. Premis penginapan pelancongan (cth. hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah peranginan)
2. Agensi pelancongan dan operator pelancongan
3. Pengangkutan untuk pelancong (cth. operator bas, bot dan kereta sewa)

SEMAKAN BSH BUJANG


Sektor berkaitan pelancongan:
1. Pelancongan perubatan
2. Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences,
Exhibitions, MICE)
3. Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan
terutamanya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri
4. Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan
pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong
Definisi PKS yang layak
PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan dengan pelancongan yang sama

Syarat Permohonan

  1. Mestilah terdiri daripada sektor yang dinyatakan di atas
  2. Dokumen pendaftaran syarikat atau perniagaan (SSM)
  3. Akaun teraudit untuk tiga tahun kewangan terakhir
  4. Penyata cukai
  5. Penyata bank 6 bulan terkini
  6. Dokumen yang berkaitan yang dikehendaki oleh agensi kewangan

Untuk Perusahaan Mikro

  1. Perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  2. Fail penyata cukai terkini pengusaha utama / penjamin (Borang B / BE) dengan resit/akaun pengurusan terkini; atau penyata bank terkini selama enam bulan dengan transaksi
  3. Dokumen sokongan sebagai bukti perbelanjaan operasi yang perlu dibiayai
  4. Pendaftaran perniagaan / Sijil Penubuhan / Notis Pendaftaran dengan SSM / pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun bagi penyedia perkhidmatan profesional
  5. Salinan kad pengenalan pengarah / rakan kongsi / pemegang saham / penjamin

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan pelancongan, PKS boleh menghubungi:
BNMTELELINK
1 300 88 5465
PKS yang gagal dalam permohonan mereka boleh menghubungi Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP)
untuk mendapatkan khidmat nasihat
03-7880 0088
myknp@cgc.com.my

https://penjana.treasury.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.