Permohonan IPG Secara Online Calon Guru PISMP 2019

permohonan ipg

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan IPG bagi tahun kemasukan 2019 kini dibuka. Semua pelajar lepasan SPM tahun 2018 yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohonan. Borang online dibuka menerusi aplikasi yang disediakan oleh KPM.

MENARIK: Tips Mudah Masuk IPG

Butiram Permohonan IPG 2019

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
19 Mac 2019 25 Mac 2019

Borang Online: https://pismp.moe.gov.my/

Nama Program Yang Ditawarkan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan yang diperlukan dalam sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persedian Ijazah Sarjana Muda (PPISM) selama 12 bulan atau dua semester di IPG berkenaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang lulus PPISM akan mendapat sijil tamat PPISM dan ditawarkan untuk mengikuti PISMP selama empat (4) di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Dan Kelayakan Asas Memasuki IPG

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu pemohon yang lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (A+, A & A-) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat Bidang Pengkhususan (Rujuk Jadual di Bawah)
  8. Aktif dalam kokurikulum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.