Pendaftaran Skim MySalam Peduli Sihat Percuma RM8000

pendaftaran skim mysalam

Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Info lanjut. Berikut adalah pendaftaran skim MySalam.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain. Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

Kelayakan Skim Peduli Sihat MySalam

  1. Penerima BSH 2019
  2. Berumur 18 hingga 55 tahun
  3. Golongan B40
  4. Dimaklumkan melalui SMS MySalam yang disertakan password bermula 1 Mac 2019.

Manfaat Skim Peduli Sihat MySalam

  1. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
  2. Mendapat gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

Pendaftaran MySalam Skim Peduli Sihat Percuma

Tempoh pelaksanaan skim ini bermula 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2023. Hanya penerima yang telah didiagnosis mengalami salah satu daripada 36 senarai penyakit kritikal sahaja boleh menuntut skim ini.

Tempoh Pelaksanaan Skim Sihat MySalam
Mula Tutup
1 Januari 2019 31 Disember 2023

Cara Membuat Tuntutan Skim Peduli Sihat MySalam RM8000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.