Pendaftaran GKP 2.0 Geran Khas Prihatin RM3000

pendaftaran gkp

Kerajaan terus komited dalam menangani masalah yang dihadapi rakyat pasca pandemik Covid19 yang semakin meningkat masa ini. Berikutan gelombang Covid19 yang terus meningkat, para peniaga juga terjejas akibat suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan semula Geran Khas Prihati Fasa 2.0 khas untuk peniaga kecil dan sederhana. Pendaftaran GKP 2.0 ini dibuka kepada semua peniaga yang berkelayakan.

Panduan Permohonan BPN 2.0

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Tarikh Pendaftaran GKP 2.0

Tarikh Pendaftaran Dibuka Tarikh Pendaftaran Ditutup
1 Oktober 2020 31 Oktober 2020

Syarat Kelayakan Memohon GKP 2.0

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang (tidak) termasuk pemilik
  5. Lesen perniagaan berdaftar sebelum 31 Ogos 2020 dan,
  6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Membuat Permohonan GKP 2.0

Bagi mereka yang memenuhi kriteria seperti yang disenaraikan di atas, permohonan boleh dibuat melalui kaedah online.

Pautan Permohonan https://gkp.hasil.gov.my/

Permohonan yang telah lengkap dihantar akan diproses. Semakan permohonan boleh dibuat mulai 15 November 2020

Semakan GKP 2.0

Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan

  1. Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Perniagaan yang berdaftar melalui Pejabat Daerah seperti di Sabah dan Sarawak
  3. Perniagaan yang didaftarkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.