Pendaftaran e-Kasih Panduan Ringkas Dan Mudah

pendaftaran e-kasih

e-Kasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskinyang diwujudkan di peringkat nasional pada Jun 2008 bagi membantu   merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran e-Kasih.

Syarat Untuk Mendaftar e-Kasih

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mestilah ketua isi rumah (KIR)
  3. Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

PGK ialah ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua (2) tahun sekali. Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

Cara Membuat Pendaftaran e-Kasih

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Lazimnya pemimpin tempatan akan membuat culaan sekali setahun untuk mendapatkan maklumat terkini agar dapat diambil tindakan seterusnya mengenai proses pemdaftaran e-Kasih. Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan mengambil inisiatif sendiri untuk membuat pendaftaran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan agar agensi dapat mengenal pasti kelayan pendaftaran pemohon.

Cara Membuat Semakan Status Pendaftaran e-Kasih

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Pemohon juga boleh membuat semakan melalui pautan di bawah

Semakan Status e-Kasih

Pemohon hendaklah menyemak status terus melalui pihak atau agensi yang mendaftaran borang permohonan dalam tempoh 2 tahun.

Pemohon yang dikategorikan dalam e-Kasih pula berpeluang mendapat pelbagai insentif dan bantuan daripada kerajaan. Salah satu bantuan terkini daripada kerajaan ialah i-Suri KWSP untuk golongan suri rumah. Bantuan sebanyak RM480 setahun diberikan kepada pencarum suri rumah.

Pendaftaran i-Suri KWSP RM480

Info berkaitan:

Semakan BPR Bujang RM350 Tahun 2021

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.