Orang Tawau Ditangkap Kes Seludup Dadah Di Indonesia

orang tawau edar dadah

KALIMANTAN. Seramai 5 orang lelaki telah ditangkap atas kes seludup dadah di Indonesia. Menurut laporan, salah seorangnya adalah orang Tawau, Sabah. Kes itu melibatkan 6 Kilogram dadah jenis Kristal Putih atau Syabu. Penangkapan dilakukan dengan penahanan sebuah kereta jenis SUV hitam.

Menurut laporan wartawan, Amir Hamzah dan Mohd Idris, lelaki yang berasal dari Tawau tersebut bernama Darwis Sulaiman. Melalui temu bual dilakukan, Darwis Sulaiman mengaku tidak mengetahui mengenai barang tersebut dan langsung tidak menyentuhnya. Malah beliau hanya tertangkap di hotel.

Modus operandi penyeludupan ialah dadah tersebut dibungkus dengan menggunakan bungkusan Teh dan diseludup melalui perairan laut di sempadan antara Sabah dan Kalimantan pada waktu malam.

Laporan: Amir Hamzah & Mohd Idris, SCTV Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.