Orang Kuat Jeffrey Pegang Paha Raba Badan peserta UN

Baru-baru ini pemimpim parti STAR dikaitkan dengan menyokong Israel yang membunuh penduduk Palestin. Tidak selesai dengan kes seperti itu, terkini seorang pemimpin tertinggi STAR pula dikaitkan dengan tindakan meraba peserta Unduk Ngadau (UN) Sabah. Kejadian itu mendapat kecaman ramai pihak kerana ia melibatkan orang kuat Jeffrey Kitingan, Presiden STAR merangkap timbalan Ketua Menteri Sabah.

Penganjuran Unduk Ngadau bukan sahaja dicemari dengan kejadian meraba seperti itu, malah orang ramai turut mendedahkan pelbagai lagi cerita terhadap orang yang sama. Dikatakan individu tersebut berlagak samseng di pentas dewan KDCA dengan mengugut dan memarahi pasukan keselamatan penganjur acara UN dengan bahasa yang kasar seperti ‘kami yang bayar gaji kamu’.


orang kuat jeffrey

Apa yang lebih mengejutkan ialah, seorang pengguna FB, Adrian Lim Che En di dalam page Suara Anak Sabah S.A.S, mendedahkan bahawa individu yang dikaitkan meraba peserta UN itu ialah Philip sebelum ini mempunyai rekod jenayah lampau.

Terkini, laporan polis telah dibuat dan pihak polis mengesahkan sedang membuka kertas siasatan ke atas laporan tersebut.

Kejadian ini telah mencemari KDCA dan acara tahunan Pesta Kaamatan negeri Sabah. Tindakan undang-undang wajar dilaksanakan sekiranya sabit kesalahan. Bukan setakat itu, hukuman sogot sesuai dengan undang-undang adat KDMR wajar dikenakan kepada pesalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.