Najib Sanggah Menteri Undang-Undang Perikatan Nasional

Najib Sanggah Menteri Undang-Undang PAS

Tidak pernah berhenti dan mengalah, Najib yang merupakan bekas perdana menteri Malaysia memberi respon pantas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri undang-undang,  YB Takiyudin daripada PAS. Najib sanggah menteri kali ini dengan penuh fakta ringkas namun harus difikirkan dengan wajar leh rakyat Malaysia. Ini bermakna, ada benarnya apa yang dikatakan oleh bossku. Mari kita lihat lontaran bossku kepada menteri kabinet dalam kerajaanya sendiri.

  1. Katanya, pada tahun 1969 YDP Agong tidak bertitah bahawa parlimen boleh bersidang semasa darurat pada tahun tersebut. Berbanding darurat yang kali ini, Agong telah pun bertitah untuk membolehkan parlimen bersidang namun kerajaan Perikatan Nasional langsung ingkar akan titah tersebut.
  2. Katanya lagi, perikatan (BN) ketika itu menang majoriti yang tetap besar ketika itu iaitu 66 kerusi parlimen berbanding 37 bagi pihak lawan. Ini seterusnya memberi tamparan kepada Muhyidin Yassin kerana dilihat oleh rakyat takut membuka semula persidangan parlimen disebabkan mempunyai majoriti yang diragui.
  3. Yang melucukan, Najib menyindir sikap kerajaan PN. Katanya, ketika 1969 speaker tak lari keliling parlimen.
  4. Yang lebih pelik adalah apabila tiada siapa¬† yang keluarkan alasan “sains dan data” untuk memberi justifikasi bahawa Dewan Rakyat tak selamat tapi health spa, bazaar ramadhan, panggung wayang, kasino, kedai 4D, shopping mall, sekolah, pusat peranginan, “fun ride yang tak fun”, pasar malam dan hampir semua lokasi pula selamat. Sindir Najib.

Ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini mengelak membuka semula persidangan parlimen dengan alasan-alasan yang pelik dan tidak munasabah.

SENSASI: Punca Hubungan Malaysia Korea Utara Putus

Terdahulu, YB Takiyuddin menyatakan bahawa parlimen tidak bersidang selama 2 tahun pada 1969 (BACA) yang mengundang reaksi pelbagai pihak atas alasan yang terlalu remeh tersebut.

PDRM Perkenal Aplikasi MyBayar Saman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.