MB Johor Kata Rumah Ni Diatutup Pintu Bukan Rumah Boleh Ditutup

PASIR GUDANG. Bencana pencemaran kimia di Pasir Gudang mendapat perhatian seluruh negara apabila ramai mangsa mengalami kesesakan nafas. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah berhampiran Sungai Kim Kim yang tercemar. Setakat hari ini, 506 orang telah dimasukkan ke hospital termasuk 9 orang dimasukkan di ICU. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli, kesemua mangsa sedang dirawat dengan rapi dan setakat ini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Namun, dalam usaha pihak kerajaan dan pihak keselamatan menyelamatkan mangsa, ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan memanipulasi maklumat untuk kepentingan politik.

Antara berita yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab ialah kononya YAB Datuk Osman Sapian menyuruh menutup pintu rumah. Lalu ramailah yang beranggapan bahawa Menteri Besar hanya menyuruh menutup pintu bagi mengelak terkena pencemaran.

Berita ini dimanipulasi melalui satu sumber video kenyataan media oleh MB Johor sendiri.

Pada minit ke 18:20 hingga minit ke 20:00, wartawan bertanyakan kepada MB berkenaan situasi kawasan perumahan. Berikut adalah dialog antara wartawan dan MB tersebut.

Wartawan: Datuk bagaimana dengan kawasan-kawasan perumahan betul-betul berhampiran dekat dengan sungai adakah mereka perlu dipindahkan segera atau pun mereka perlu berada di sana…

MB: Saya lihat kawasan perumahan ni tidak terjejas, ah tidak terjejas, aaa…hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ni dia agak terbuka…terdedah…rumah ni diatutup pintu dan sebagainya dan mereka yang duduk di rumah ni biasanya dia tak akan keluar waktu siang hari dan sebagainya dan sebahagianya daripadanya pegi kerja. Tapi kalau ikutkan kita punya bancuan…bancian perumahan ni tidak begitu terjejas. Hanya yang terjejas sikit sekolah dan juga mereka-mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan sahaja macam umpamanya apaa…van driver ambulan tu mereka pun mungkin ada penyakit dan juga beberapa kakitangan-kakitangan jabatan kesihatan terjejas tu mungkin…tapi itu….

Hanya kerana kenyataan inilah ada pihak yang memanipulasi berita dengan mengatakan kononya MB Johor menyuruh menutup pintu rumah.

mb johor tidak kata tutup pintu untuk elak pencemaran kimia

Satu lagi laman tidak bertanggungjawab memanipulasi maklumat. Modus operandi mereka ialah meletakkan tajuk berita sedemikian namun isinya tidak menggambarkan tajuk sebenar. Ini kerana mereka hanya menyasarkan pembaca yang sekadar membaca tajuk tetapi tidak membaca keseluruhan artikel. Tujuanya adalah bagi mengelak disaman.

Manakalah ini pula adalah kenyataan dari sebuah parti Islam yang sedang memberi gambaran seolah-olah Menteri mengabaikan tanggungjawabnya. Namun kenyataan ini telah diedit setelah menerima kecaman dari ramai pihak.

pas mulut longkang

Kesimpulanya, janganlah terlalu mempolitikkan semua perkara. Ia hanya mengeruhkan keadaan sedangkan ramai orang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.