Kes Pecah Amanah Zahid Hamidi Membabitkan RM5 Juta

kes pecah amanah zahid hamidi
Yayasan Albukhary ada memberikan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak RM5 juta dalam bentuk cek dan bukan secara tunai, kata Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Amirudin Nordin. Kes pecah amanah Zahid Hamidi bakal menjejaskan kerier beliau sebagai presiden UMNO?
Saksi ke-96 itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong pada perbicaraan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Amiruddin berkata perkara itu dikesan selepas dia mula menjalankan siasatan sejak Jun 2016 apabila menerima salinan-salinan cek.
Dia kemudian menerima fail dokumen milik Akalbudi pada September 2018.
Bagaimanapun, dia mengakui siasatan terhadap kes pengubahan wang haram itu dijalankan dalam tempoh yang singkat namun perkara itu tidak menjejaskan hasil siasatan.
Semalam, Pegawai penyiasat Mohd. Fahmee Mohamad Nor berkata, pemilik syarikat pengurup wang, Omar Ali Abdullah ketika disiasat memaklumkan wang itu diterima daripada Yayasan Albukhary namun tidak mengetahui identiti individu yang menyerahkan wang tersebut.
Omar hanya mengambarkan individu-individu yang memberikan wang kepadanya sebagai “berpakaian kemas”.
Harris Ong: Bolehkan anda jelaskan kepada mahkamah adakah terdapat apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa sumbangan diterima daripada Yayasan Albukhary?
Mohd Amiruddin: Tiada dokumen tersebut di dalam fail P681 (fail merah jambu) (yang menyatakan) Yayasan Albukhary memberikan sumbangan.
Selain itu, Harris Ong turut bertanyakan kepada Mohd Amiruddin adakah beliau bersetuju dengan cadangan peguam bahawa akaun simpanan tetap dibuat oleh Tetuan Lewis & Co selaku pemegang amanah adalah tanpa arahan orang kena tuduh (Ahmad Zahid).
Menjelaskan perkara itu, Mohd Amiruddin berkata “tidak” kerana Muralidharan yang merupakan rakan kongsi kepada Tetuan Lewis & Co dalam proses rakaman percakapan memberitahu dia menerima arahan daripada Ahmad Zahid untuk mengambil cek-cek tersebut dan dijadikan sebagai simpanan tetap.
Chia Bee, MyEG boleh sumbang terus ke akaun Akalbudi
Harris Ong: Seterusnya yang dikatakan Chia Bee sebagai sumbangan, MyEG sebagai sumbangan, adakah anda tidak bersetuju?
Mohd Amiruddin: Saya tidak setuju, Yang Arif. Ini kerana sekiranya Chia Bee dan MyEG ingin membuat sumbangan ia oleh dilakukan terus ke dalam akaun Yayasan Akalbudi dan tidak memerlukan Tetuan Lewis & Co.
Harris Ong: Soalan peguam bahawa Muralidharan tiada lantikan dibuat adalah satu kebiasaan bagi firma Lewis & Co bagi tujuan keagamaan ataupun charity (kebajikan). Apa yang anda ingin jelaskan?
Mohd Amiruddin: Yang Arif, walaupun Tetuan Lewis & Co tidak dilantikan secara ‘appointment letter’ atau surat tetapi mengikut penyataan Muralidharan, ianya dilantik secara mulut (verbal).
Saksi ke-97
Sementara itu, pegawai penyiasat SPRM Mohamad Khairi Ibrahim, 29, memberitahu mahkamah bahawa dia ada merakam percakapan bekas Setiausaha Yayasan Akalbudi Idris Kechek berhubung siasatan ke atas yayasan itu.
Mohamad Khairi yang merupakan saksi ke-97 berkata beliau merakam percakapan Idris sebanyak dua kali pada 8 Jun 2018 dan 18 Julai 2018 di Pejabat SPRM, Putrajaya. Idris telah meninggal dunia pada 2018. Perbicaraan yang memasuki hari ke-50 hari ini berlangsung di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan bersambung esok.” Sumber
Meskipun masih di peringkat perbicaraan, namun ia membabitkan puluhan kes salah laku dan pecah amanah. Ia merupakan satu ketumbukan yang menjejaskan imej beliau sebagai presiden UMNO. Umum diketahui ia juga menjadi tekanan kepada parti UMNO yang kini bekerjasama dengan BERSATU yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyidin Bin Yasin.
Perbalahan antara UMNO dan BERSATU tidak lagi dapat disembunyikan. Ia bagai retak menanti belah. Apakah PN kekal berkuasa sehingga habis penggal atau akan berlau pilihanraya dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.