Keputusan PRK DUN Slim Hari Ini 29 Ogos 2020

keputusan prk dun slim

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 tahun, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim akibat serangan jantung, 15 Julai lalu. Beliau mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti  2183 undi menewaskan calon PBBM dan PAS pada PRU14 yang lalu. PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN dan dua calon bebas. Hari ini akan diketahui keputusan PRK Slim Negeri Perak. Ikuti siaran langsung dan live update daripada kami.

Senarai Calon PRK DUN Slim, Negeri Perak

  1. Mohd Zaidi Aziz, 43 tahun merangkap pemangku ketua bahagian UMNO Tanjung Malim.
  2. Amir Kusyairi Mohamad Tanusi, 38 tahun merupakan calon bebas.
  3. S Santharasekaran, 44 tahun calon bebas kedua.

Latar DUN dan Komposisi Pengundi

  • Jumlah pengundi 23,094 orang
  • keputusan dun slim pru14

Apa yang menarik dalam pilihanraya ini ialah calon BN iaitu Mohd Zaidi Aziz telah dicadangkan oleh YDP PAS Tanjung Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman dan disokong oleh Setiausaha MIC bahagian Tanjung Malim iaitu G Mahendran 74 tahun. Kombinasi penamaan calon kumpulan ini nampak usaha menterjemahkan kesepakatan Perikatan Nasional dan kerjasama di peringkat kerja-kerja kempen di samping membuktikan kerajaan baharu kukuh dan stabil.

Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah 2020

Walaubagaimanapun, Mohd Zaidi Aziz bakal berentap dengan seorang calon muda iaitu Amir Kusyairi Mohamad Tanusi yang merupakan seorang peguam dan ahli teknokrat. Calon ini bukan sahaja mempunyai latar pendidikan yang baik, malah beliau merupakan calon sulung yang dihantar oleh pasukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang seterusnya mewakili parti baharunya iaitu parti PEJUANG.

Dengan menggunakan logo calon bebas bersimbolkan pokok, dan nombor calon 01, di samping mendapat dokongan penuh pasukan Pakatan Harapan seperti AMANAH, PKR dan DAP, Amir Kusyairi nampak gah dan berkeyakinan untuk memberi saingan sengit dalam pilihanraya ini. Ceramah umum yang dianjurkan di pihak PH juga mendapat sambutan hangat. Jentera dari kumpulan penyokong calon ini juga cukup ramai dan mampu membantu beliau dalam urusan kempen.

Kedua-dua calon menunjukkan saingan sengit. Calon BN yang didokongi Perikatan Nasional dan calon bebas yang didokongi Pakatan Harapan masing-masing mempunyai kelebihan. Mohd Zaidi memiliki kelebihan kerana ia merupakan kerusi tradisi UMNO di samping akan memperoleh undi daripada penyokong tegar PAS. Namun, Amir Kusyairi memiliki keunikanya tersendiri apabila mendapat dokongan pasukan Tun Dr mahathir. Sentimen sayangkan negarawan tidak boleh dipandang mudah. Pengundi atas pagar menjadi penentu. Calon bebas yang satu lagi tiada apa yang boleh diulas kerana tidak diketahui latar belakangnya.

Keputusan PRK Slim 29 Ogos 2020

Calon Jumlah Undi Keputusan
01 AMIR KUSYAIRI (BEBAS+PEJUANG+PH)
02 MOHD ZAIDI (BN)
03 S SANTHARASEKARAN (BEBAS)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.