Kemaskini BSH Bantuan Sara Hidup LHDN Online 2019

kemaskini bsh

Bantuan Sara Hidup (BSH) atau dulu dinamakan BR1M diteruskan. Kemaskini BSH dibuka semula bagi tahun 2019. Sistem online BSH boleh diakses mulai 1 Feb hingga 15 Mac 2019.  Pemohon hendaklah mengetahui kategori yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

Kategori Pemohon BSH 2019

ISI RUMAH RM2000 KE BAWAH
Diberi RM1000
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar tidak melebihi RM2000 sebulan

Bayaran Fasa 1: Tarikh Pembayaran BSH 2019

ISI RUMAH RM2001 – RM3000
Diberi RM750
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar isi rumah RM2001 hingga RM3000

Bayaran Fasa 1: Tarikh Pembayaran BSH 2019

ISI RUMAH RM3001 – RM4000
Diberi RM500
-Warganegara Malaysia dan menetap dalam negara
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar RM3001 hingga RM4000

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan satu kategori baharu diperkenalkan bagi BSH bermula 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah.

KATEGORI ANAK B40
Diberi RM120
-Umur 18 tahun ke bawah
-Bukan OKU
-Isi rumah B40 terhad kepada 4 orang anak sahaja yang diberikan bantuan

Cara Membuat Kemaskini BSH 2019

  1. Pemohon boleh membuat kemaskini secara manual dengan menghantar borang permohonan terus ke pejabat LHDN terdekat. Muat turun borang BSH >Borang BSH<
  2. Pemohon boleh membuat kemaskini melalui online di pautan https://bsh.hasil.gov.my/

Pemohon hanya boleh melalukan salah satu kaedah permohonan sahaja sama ada melalui kaunter LHDN atau sistem Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.