Sebatang Buluh Betong Malaysia Berharga RM200

Pokok buluh umum dilihat sebagai pokok liar yang tumbuh secara semula jadi di hutan. Terdapat banyak spesis pokok buluh yang didapati di Malaysia. Dianggarkan 70 spesis pokok buluh yang ada dalam negara dan lebih 1500 spesis pokok buluh yang ada di seluruh dunia. Antara pokok buluh yang bernilai tinggi ialah Buluh Betong. Ini kerana harga sebatang Buluh Betong boleh mencapai sehingga RM200. Baca bernama.com

Pengalaman Pengusaha Dan Petani Buluh

Menurut seorang pengusaha tempatan, Ir Ahmad Mazlan Othman, 61, beliau sudah mengusaha penanaman buluh sejak tahun 2010 dan telah menanam sebanyak 35 spesis buluh dari dalam dan luar negara antaranya Buluh Betong, Guadua Angustifolia – buluh terkuat di dunia, buluh hitam (Gigantochloa Atroviolacea) dan buluh serba guna (Bambusa Beecheyana).

Beliau merupakan pengasas Bamboo Jungle Adventures (BJA). Menurutnya, buluh yang ditanam digunakan dalam pelbagai produk seperti perabot, alatan muzik, bangunan, dan sebagainya.

“Mereka menganggap ia tidak ada nilai kerana melihat buluh hanya produk kampung seperti bubu ikan, alat kurungan ayam. Sedangkan, harga sebatang buluh yang saya pegang ini sahaja boleh bernilai RM200, jadi bayangkan serumpun buluh berapa banyak boleh dapat,” katanya.

sebatang buluh betong
Ir Ahmad Mazlan Othman. Kredit Bernama.com

Antara pokok buluh yang turut bernilai tinggi di pasaran juga ialah Pokok Buluh Rebung Madu. Spesis ini berasal daripada Thailand dan ditanam sebagai pokok hiasan. Bentuknya kecil, rimbun dan sesuai sebagai tanaman perhiasan. Anak benih pokok buluh ini sahaja boleh mencecah RM10 sepokok. Selain itu, rebung buluh madu juga bernilai tinggi dengan harga sehingga RM6 sekilogram.

Saranan Menteri Industri Utama

Dalam pada itu, Kementerian Industri Utama menyatakan bahawa fakta penggunaan produk berasaskan buluh bukan lagi seperti tradisional tetapi telah mencapai ke satu tahap teknologi tinggi seperti pembuatan papan laminasi, komponen pembinaan, dan produk novelti yang berinovasi. Menurutnya, nilai industri buluh dunia adalah RM240 Bilion. Manakah Malaysia masih ketinggalan dalam industri berasaskan buluh di belakang India, China, Thailand, dan Vietnam.

Dikalangan negara Asia, India mempunyai 9.57 juta ekar buluh. China mempunyai 3.3 juta ekar. Diikuti dengan Vietnam 1.3 juta ekar, Thailand 1.02 juta ekar. Manakala Malaysia hanya mempunyai 20,000 ekar. Fakta ini membuktikan Malaysia masih ketinggalan jauh dalam perusahan berkaitan buluh.

Menjadi Bahan Asas Masa Depan

Produk berasaskan buluh berpotensi tinggi dan akan menjadi bahan asas masa depan. Industri seluruh dunia giat membuat kajian akan kelebihan yang dimiliki pokok buluh. Ini kerana struktur dan ciri semula jadi yang diimliki pokok buluh setanding dengan bahan pembuatan sedia ada.

sebatang buluh betong RM200

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.