Daftar Murid Prasekolah Sesi Kemasukan 2020

daftar murid prasekolah online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi pendaftaran murid Prasekolah dijangka bermula bulan Mac 2019. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 02 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 bolehlah daftar murid prasekolah serta merta.

Berikut adalah panduan mendaftar yang ibu bapa perlu patuhi untuk anak-anak mereka ke peringkat pendidikan tersebut.

Syarat Daftar Murid Prasekolah

  • Syarat pendaftaran adalah terbuka kepada anak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kemasukan Tahun 2020 adalah dibuka kepada kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016.

Tarikh Pendaftaran Online dan Permohonan Secara Manual

Pendaftaran Tarikh Buka Tarikh Tutup
Online 1 Mac 2019 30 April 2019
Manual 1 Mac 2019 31 Mei 2019
https://eprasekolah.moe.gov.my/

Cara Daftar Prasekolah Secara Manual

Sila Klik: Daftar Manual

1. Pendaftaran Pengguna. Masuk laman e-prasekolah yang akan tertera di bawah. Pastikan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini telah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran akses maklumat dalam talian online.

pendaftaran online kemasukan prasekolah

 

2. Untuk pendaftaran yang dilakukan secara manual, ibu bapa boleh terus berkunjung ke sekolah atau institusi pra-sekolah KPN beserta dengan dokumen lengkap mengikut tarikh buka pendaftaran seperti yang dinyatakan di atas. Senarai sekolah atau institusi hanya boleh didapati dalam laman ini: Senarai Sekolah Seluruh Malaysia

Manakalah ibu bapa yang membuat pendaftaran secara atas talian online, setelah melengkapkan borang dalam talian online, perlulah mencetak borang/surat permohonan pendaftaran beserta dokumen yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon untuk anak mereka. Tarikh tutup hantar dokumen adalah sebelum 31 Mei 2018.


Pautan: Semakan dan Panduan Rayuan Prasekolah 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.