Bayar Fidyah Mengikut Bilangan Hari dan Tahun

cara bayar fidyah di malaysia

Apabila kita meninggalkan puasa di bulan ramadhan, kita mestilah menggantikanya  dengan qada’ puasa. Apabila puasa yang kita tinggalkan melintasi bulan ramadhan seterusnya, maka hendaklah dilakukan qada’ puasa dan bayaran fidyah sekaligus.

Kewajipan Menggantikan Puasa Firman Allah SWT:

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”

(al-Baqarah: 184)

Baca: Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan

Siapa Yang Wajib Membayar Fidyah?

  1. Orang yang melambatkan ganti puasa (qada’) lebih setahun.
  2. Orang yang uzur dari melakukan ibadah puasa seperti penyakit kritikal.
  3. Wanita hamil yang bimbang keselamatan dan kesihatan bayi.
  4. Wanita hamil yang bimbang kesihatan dirinya.
  5. Ibu yang menyusukan anak.
  6. Orang yang telah meninggal dunia.

Cara Bayar Fidyah Dan Kiraannya Di Malaysia

Di Malaysia bayaran fidyah dilaksanakan melalui agensi yang sudah dilantik iaitu Pusat Zakat di negeri masing-masing seperti:

Berikut adalah kiraan fidyah di Malaysia.

  1. Kadar Fidyah
  2. Bilangan Hari Tidak Puasa
  3. Bilangan Tahun (tahun gandaan)

Kadar Fidyah X Bilangan Hari Tidak Puasa X Bilangan Tahun

Kadar Fidyah = Mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).  Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.

Bayar Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.

Bermakna, kadar bayar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut (mengikut negeri).

Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).

Tahun Gandaan = bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.

Contoh Kiraan:

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

Bagi mereka yang tidak menghadapi apa-apa keuzuran untuk menggantikan puasa sebelum tiba pada ramadhan seterusnya hendaklah membayar fidyah dan menggantikan puasa sekaligus mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Fidyah + Puasa Ganti.

Kesimpulanya, janganlah melengah-lengahkan puasa yang ditinggalkan. Segeralah menggantikanya kerana ia kelak menyusahkan sendiri. Kita tidak tahu sama ada kita mampu atau tidak menggantikanya pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.