Bantuan Khas RM500 Pesara Kerajaan Dibayar 20 Mac 2019

bantuan khas

Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan khas pesara kerajaan sebanyak RM500 akan dibayar mulai 20 Mac 2019. Pengumuman itu dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bayaran itu akan melibatkan seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1000 akan mendapat bantuan khas sebanyak RM500. Bantuan tersebut dilaksanakan sejajar dengan keputusan Bajet 2019 Kerajaan Pakatan Harapan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 dan bagi memastikan bantuan secara one-off ini dibayar kepada penerima pencen yang layak.

Semakan secara menyeluruh telah dibuat melalui agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Akauntan Negara.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pembayaran berkenaan boleh diajukan kepada talian 03-88854648/4433/4667 atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.